Rabiatuladawiyah
Far away but always near,
I hold your relationship very clear,
Ever together but never apart...
You'll always be in my heart as my FRIEND.
   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Oct 9, 2007
Lagi Ulasan Air Mata Cinta

Ulasan dari Deida

Novel: AIR MATA CINTA
Penulis: RABIATUL ADAWIYAH [K.WI]
Published by: KAKINOVEL

Ini UNTUK PERHATIAN KAK WI sbb k.wi suh komen aritu.. hehe! Tp kalo sy komen.. jgn la kakwi marah sy plak ye? K.wi.. sebenarnya sy ni tak reti sgt nak komen.. so sy komen yg mampu aje la ye? "mula2 sy ingtkan cite ni psl kisah cinta muda mudi, tp rupa2nya kisah psl dendam seorg isteri kat x-hubby dia yg mana mmg xblh dgr lgsung namanya & bnyak feed back kisah silam dia. Dat means tak bnyak sgt la kisah cintanya.. heheh! Jln cite ada yg ok, ada yg agak blh sy tau apa jd. Means jln cite nya tak lah mencabar sgt & xde smpai tahap sy terasa nak tau apa jd seterusnya sbb dah blh agak.. heee! Maybe sbb ini bkn kisah yg menekankan pd cinta muda mudi kut. Then fine lah.. cuma sy agak tak puas ati part ending nya. Apa sebenarnya jd pd nabila & amirul afendi? Seems xde ending je? At least bitau la apa respon amirul affendi bila dia tau nabila tu adik tiri dia? Takkan la amirul affendi tak blk langsung kut lps bercuti? Heheheh tu yg sy tak puas ati skang ni! :P Hope kak wi blh la jelas kan kat sy nape cite tu tergantung mcm tu je? Lagi.. apa kaitan tajuk novel dgn jln cerita dia? Sy agak blur kat sini. Adakah maksud AIR MATA CINTA nabila kepada seorg ayah? @ AIR MATA CINTA sapura utk badrul? Maaf, sy agak keliru lah kak wi."

Overall sy bg 2 out of 5stars.
Itu je la kut.. jgn la kecik ati kak wi.. bkn sy nak kondem novel akak.. cuma akak kena wat olahan lebih menarik yg blk buat rasa reader sgt2 ingin tau apa akan jd seterusnya! :-) Sy mmg suke baca novel cinta.. kalo blh selitkan lah part2 lawak sikit ke.. heheh~ Ok thats all.. i'm sorry kak wi! Maaf zahif batin! :-)


Terima kasih Deida kerana sudi mengulas novel ini.

Memang tidak dinafikan ramai yang mengatakan novel kali ini tidak ada elemen cinta yang mengasyikkan atau thrill. Novel kali ini kisah biasa tapi itulah realiti kehidupan.Hidup tidak semestinya indah. Kadang-kadang hidup ini penuh dengan dugaan dan sandiwara. Walau bagaimanapun berbanyak-banyak terima kasih kepada mereka yang sudi review buku tersebut. Insyallah akan diperbaiki pada masa hadapan.

 

Untuk pengetahuan Deida dan pembaca yang lain, sebenar-benarnya cerita itu tidak tamat di situ saja. Tajuknya….AMC adalah air mata cinta untuk Sapura. AMC adalah ending untuk kisah perjalanan hidup Sapura. Sementara untuk Nabila, Amirul Affendi dan watak-watak lain belum bermula. Apa agaknya kehendak pembaca luar sana ya? Hmmm…nanti akan difikirkan. Untuk remaja, semestinya CINTA. Untuk kakak-kakak dan abang-abang, mungkin HAKIKAT KEHIDUPAN. Jadi tunggulah novel akan datang, bila ya?


Posted at 08:52 am by Rabiatuladawiyah
Comments (3)  

 
Sep 25, 2007
HARIAN METRO (17 SEPTEMBER)

pRoMoSI dAn iKlaN Wink

 


Posted at 10:07 am by Rabiatuladawiyah
Make a comment  

 
Sep 24, 2007
ULASAN AIR MATA CINTA

Ulasan dari MaMaErra

Ku jejak kasih semalam, mengharung rindu yang telah tertahan. Rintangan dan dugaan mendatang ku harungi demi cinta dan kasih yang tidak berpenghujung. Takdir yang datang kuiringi dengan doa, penuh keinsafan. Kesabaran ini kupertahan demi kasih seorang anak. Lalu aku kembali ke dunia realiti mencari kekuatan yang hilang. Namun langkahku kaku kerana ku tahu kau masih ada di situ.


Jalan ceritanya biasa saja... kisah yang biasa berlaku dalam masyarakat hari ini dan kalau tak silap, suatu ketika dulu aku pernah menonton sebuah drama yang mirip kepada jalan cerita novel ini tapi aku tak ingat tajuknya dan bila aku menontonnya. Kisah seorang ibu tunggal (Sapura) yang membesarkan anak seorang diri, anak (Nabila), yang  tiba-tiba saja mendapat tahu akan kewujudan bapanya (Badrul Hakimi), ibu tiri (Nurul) dan abang kandung (Amirul Affendi). Malah terus berasa takut untuk meneruskan hubungan dengan kekasih (Amir Hamzah) ekoran dari peristiwa silam bapa yang baru dikenalinya. Kesudahannya, ada yang gembira dan ada yang terluka dengan keputusan yang telah Nabila buat....

Kali ini aku ada komen sikit pasal novel ini. Aku rasa editor perlu lebih peka kepada penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kata nama ganti diri yang tidak konsisten di dalam dialog antara watak-watak dalam novel ini. Contohnya, dialong antara Nabila dan Fendi - ada ketika guna 'saya' dan 'awak' dan ada ketikanya guna 'i' dan 'you'... begitu juga dengan dialog antara Nabila dan Amir. Aku sebenarnya tak berapa pandai dalam bahasa penulisan ini... tapi macam konfius sedikit bila membacanya. Penggunaan kata nama ganti diri kadang-kadang menjadi satu 'trademark' kepada sesuatu watak dalam sesebuah novel itu. Jadi aku rasa ianya penting juga dalam sesuatu cerita itu. Harap tidak ada yang tersinggung dengan komen aku ini kerana ini hanya pada pandangan peribadiku saja.


Posted at 12:04 pm by Rabiatuladawiyah
Make a comment  

 
Sep 12, 2007
AIR MATA CINTA

9 September - Buku AIR MATA CINTA keluaran Kaki Novel Enterprise berjaya menemui pembaca. Majlis pelancarannya telah diadakan di Burger King, Avenue K jam 10 pagi. Ramai rakan, bloggers dan penulis KN yang hadir bagi memeriahkan majlis yang serba ringkas tetapi meriah itu. Terima kasih kepada pihak penerbit  kerana memberi peluang kepada kak Wi untuk muncul sebaris dengan penulis KN yang lain. Terima kasih juga kepada mereka yang hadir.

 

Kak Wi berharap agar pembaca dapat memberikan maklum balas bagi memperbaiki lagi hasil penulisan Kak Wi untuk keluaran akan datang.Wink

 

                          

"TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR PADA HARI PELANCARAN TERSEBUT." Smile


Posted at 07:18 am by Rabiatuladawiyah
Comments (3)